STPM LiFe
Assalamualaikum semua almost 1/2 years Aisyah tak menulis dalam blogger ni.
Lepas je SPM Aisyah pergi PLKN hehe, banyak pengalaman yang Aisyah dapat since masuk situ jiwa kena kental hati kena sado! hehe lepas PLKN terus masuk Form6. Yes this is my dream nak masuk form6. Aisya ni budak2 sastera yang tak suka nombor pening.
Jadi apa yang anda2 semua ingin tahu tentang StPm baiklahhh.. Mari
1) STPM Subjek
Subjek STPM mostly ada 4 dan maximum ada 5subjek biasanya ada 5 subjek ni for those yang nak tambah subjek tp kebiasaanya STPM ada 4subjek. Pdpc kami ada waktu MUET kesemuanya ada 5subjek lah including MUET. MUET ni WAJIB ambil untuk sambung degree sesiapa yang masuk STPM hala tuju lepasni mesti masuk DEGREE.!
Subjek wajib dalam STPM ialah Pengajian AM kena wajib lulus untuk dapatkan sijil STPM tu.
2) Pakej Subjek STPM
STPM ni juga ada aliran , ada aliran Sains, Sains Sosial dan agama. Aisyah menuntut di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (KTESA) jadi ada 2 aliran iaitu sains sains sosial
berikut pakej dekat KTESA:
Pakej 1
- Pengajian Am
- Chemistry
- Mathematics T
- Physics
Pakej 2
- Pengajian Am
- Chemistry
- Mathematics T
- Biology
Pakej 3 (sains sosial)
- Pengajian Am
- Ekonomi
- Pengajian Perniagaan
- Mathematics M
Pakej 4
- Pengajian Am
- Ekonomi
- Pengajian Perniagaan
- Perakaunan
Pakej 5
- Pengajian Am
- Ekonomi
- Pengajian Perniagaan
- Sejarah
Pakej 6
- Pengajian Am
- Ekonomi
- Bahasa Melayu
- Sejarah
Pakej 7
- Pengajian Am
- Bahasa Melayu
- Sejarah
- Seni Visual
Aisya ambil pakej 5 jadi aisya boleh share utk subjek yg aisya ambil lah yang lain boleh goggle sendiri mostly kat kolej aisya ambil aliran sains sosial hehe kalau ambil sains tak ramai
mcm kls fizik ada 3 kelas tp dalam 2/3 orang orang paling ramai pun 6 orang dlm kls sains mcm tu juga kls Biology. Kls Maths M lagilah masa batch aisya ni seorang je best kan haha?
utk kls pakej 4 ada satu kelas je pakej yg aisya pilih sebenrnya mojoriti dkt kolej aisya pilih pakej 5 iaitu PA, EKON.PP & SEJ.
3) SUSAH KE STPM?
Susah memang lah susah dh nama pun belajar kan ada org takut nak ambil stpm sbb katanya exams susah , STPM ni nak kata susah tu tak tau nak ckp mcmmana korang rasa lah sendiri. Kalau susah sgt knp ada je seniour Aisya dpt 4 flat kls sains pun ada dpt 4flat. Jd sesiapa ambil STPM ni tk rugi pun cuma kalau korang memang sungguh kena belajar dan tk boleh main selama setahun enam bulan ni. Bukan lah stress belaajr tp for me walaupun belajar tough and susah but seronok sgt bila cikgu2 kt kolej Aisya ni cmm kawan2 and mak kiteorg kt sini.
Students dgn cikgu very close sehari tak kena bebel tak kena nasihat tak sah lah ... jd bila dh hbis sedih lh lpsni xda dh cikgu nak nasihat kt kiteorg lagi. Form 6 ni suasana dia sikit lah rasa kt skolh tp lain sikit cmna eh nak ckp rasa mcm dh matang sikit lah hehe. Belajar pun cikgu tak ajar satu2 mcm kt arus perdana tu. Cikgu ajar guna slide jd fokus dlm kls sambil2 buat nota sikit utk elakkan mengantuk. Suasana kls mcm kt skolh and kita still panggil cikgu but cara cikgu ajar tu cmm kt uni dh nma pun PRA-Universiti.
ohh ya lupa form 6 sekrang ni dh guna sistem semestar
jd kesemuanya ada 3 semester
semester 1 (MEI-NOV)
Semester 2 (Jan- Mei)
Semester 3 ( Mei- Nov)
Sem mana yang paling tough? paling best? hehe..
act bg aisya sem paling tough ialah sem 2 sbb aisya ada kerja kursus yang kena siapkan dlm masa sepanjang sem2 dan sekaligus tengah bulan Mei kena final exams sem 2 mashaAllah tp sem ni juga paling best! sbb tk ada batch lain waktu tu hehe kiteorg je ada memang syok sunyi tak ada masalah pun. Sem2 kiteorg ada KK PA dan Sejarah., sem ni jga hubungan dgn classmate semakin rapat dan cikgu pun dh tunjuk belang bila tk submit ikut deadline cikgu tuntut lh smpai whatsApp setiap hati utk ingat bg siap. Sem 2 ni juga mcm2 aktiviti ada aktiviti kokurikulum kena aktif, lpuastu kena buat aktiviti projek utk dptkn markah koku tu memang busy tahap tak tau nak ckp. bulan 4 pulak ada kem Sixers Diamond kem tu sehari selepas trial exm sbb masa sgt pack walaupun KK 2 subjek je tp kiteorg juga kena belajar mcm biasa utk 4 lagi subjek tu. srsly masa sem 2 aisya selalu tidur lewat selalunya 1;30pagi paling awal pun 12.00tgh malam kadang2 hw pun xsmpt siap sbb kena buat KK kadang2 ptg tu tk tidur pun then hw buat kt kolej. Cikgu pun fhm dan bila tk siap bebel sikit lh then bincang dlm kls. Sem 2 amat penting fokus dlm kls sbb mmng xda masa utk study kalau korang mmng tip top dalam manage masa act bole je.. Mostly kalau ada 3 hw aisya siap satu je hehe
lps siap KK kena buat persediaan utk Viva pula bentangkan hasil kerja dkt dpn cikgu!
then xsmpai sebulan kk siap dlm 2-3 minggu lg nk exams lpstu bdk junior plk masuk aisya ni wakil pelajar alah macam pengawas jd kena lah tolong cikgu!
then utk kolej Aisya dia akan ada bg masa utk study dlm 5-6 hari utk belajar sndiri kt rumah.
jd masa tu kena gunakan sebaik mungkin utk belajar. Final sem2 tu masa bulan Ramadan Alhamdullilah Allah bantu time Aisya berperang srsly masa study xbyk walaupun result Aisya down drpda sem 1 ke sem 2 tp still bersyukur aisyah dpt 2B but 2 lg fail jd aisya repat 2 paper je aisya tk sngka aisya boleh dpt 2 B tu ylh sbb apa aisya sangka dpt byk fail sbb ,mmng tk smpt utk study tu bkn alasan aisya cuba utk perbaiki time last sem kaji apa silap aisya. Bestnya STPM boleh repeat walaupun dh lulus boleh je nak repeat utk baiki gred dan pointer kita. Habis je Sem2 4hari je kot Aisya rest then terus masuk sem3 dlm seminggu tu cikgu explain plk subjek utk belajar sem 3
sem 3 ada kk PP dan Eko tp sem 3 masa tak pack sgt ok boleh bahagikan masa and boleh buat hw walaupun ada kk maybe sem 3 dh tk ada koku jd fokus je utk belajar dan silibus pun tak tough mcm sem 2. Sem 3 ni act byk sikit drama ylh sbb dh last waktu nk last2 ni ramai yg nak give up lah malas aisya sndiri pun kadang tak kuat tp kita teruskan sbb sikit lagi dan smpai ke tahap ini.
Aisya xnk cerita lah pasal silibus nnt korang fening .. NNt if masuk f6 korang akan tahu sendiri.
4) Terima Kasih & Alhamdullilah
Alhamdullilah Aisya dh smpai ke garisan tamat tepat jam 10.00 pago 5Dec18
masa dan tarikh keramat ini akan diingati selalu. Pengalaman kat KTESA terlalu byk sedar tak sedar aisya dah laluinya, Bg aisya sesiapa yg hbiskn f6 dia seorang yang kuat sbb f6 is very tough tp menyeronokkan. Cikgu still risaukan kita if kita tk dpt keputusan yg baik cikgu still guide kita smpai saat2 akhir sekalipun besar pengorbanan cikgu. Apa yang buat aisya sedih dan terharu bila ada cikgu aisya sakit sbb maybe stress atapun penat. Cikgu akan cuba yg terbaik utk pelajarnya ada juga cikgu yang sanggup tk prgi appointment doktor sbb terlalu fikir kalau cikgu tk dtg atau mc silibus tk hbis nnt pelajar xdpt jwb Allahu mmng besar sungguh pengorbanan cikgu.
f6 je korang still dpt rasa cmni tp bila dh kt uni xda dh cmni..
terima kasih kpd semua cikgu aisya kt KTESA
PN THILAGAI , PN MAZLINDA, PN HANITA TEACHER AISHAH DAN PN FAZLINA.
terima kasih juga mama n abah sbb sntiasa beri sokongan moral dan kewangan
rkaan2 syg sntiasa beri nasihat agar teruskan perjuangan.
Terima kasih KTESA utk kenangan ini selama 1 tahun 6bulan
"TERMINAL AKHIR KE MENARA GADING"
Bleh saya nk bertnya kalau di tingkatan 4 dan 5 tidak ambil subjek ekonomi...rasa2 bleh skor tak kalau ambil f6 subjek ekonomi dgn syarat belajar sungguh2
ReplyDeletesaya tolong jawab ya, inshallah boleh skor kalau belajar sungguh-sungguh dan ikut cakap cikgu :)
DeleteBleh saya nk bertnya kalau di tingkatan 4 dan 5 tidak ambil subjek ekonomi...rasa2 bleh skor tak kalau ambil f6 subjek ekonomi dgn syarat belajar sungguh2
ReplyDeleteTak semestinya..sebab Ekonomi di peringkat STPM lebih details dan agak mencabar...belajar Mikroekonomi dan Makroekonomi dan kedua-duanya sgt details dan byk formula permintaan/penawaran kos dan kena hafal keluk /curve utk apadbila permintaan meningakta, barang penggenrap, brg pengganti dan gelagat pengguna bila berlaku infalsi..
Deletemakro pula beljar pasal kadar mata wang, Pengganguran dan pasaran kerja, Ekonomi antarabangsa, bank suntikan bocoran dan mcm 2...nk jadi Perdana Menteri mmg kena score A subjek Ekonomi.. sy dulu Ekonomi SPM dapat A,,, bila Form 6 lulus sebahgian shj..dpata C-
Ekonomi ni boleh jadi menteri kewangan ke?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaths T tu Mathemtics for Technology ...matematik utk sains dan teknologi sesuai untuk pelajar aliran sains
DeleteMaths M tu untuk matematik Management (pengurusan) belajar pasal statistik utk sains sosial
This comment has been removed by the author.
DeleteKak aisya, nak tanya, betul ke kalau masa SPM kita lulus BM dan SEJARAH, nama kita automatik dah ada di tingkatan 6?
ReplyDeleteTak..BM wajib dapat kredit, Sejarah sekurang-kurangnya Lulus dan guna sekurang-kurangnya 3 kredit untk subjek lain
DeleteDi sekolah saya.. ada 2 aliran.. aliran ekonomi dan aliran sejarah(untuk form 6), antara dua tu, yang mana kak aisya rasa dapat permintaan tinggi di masa hadapan?
ReplyDeleteAliran Ekonomi lebih dapat permintaan tinggi..bila nak apply U nanti byk cabang ilmu sperti ilmu perniagaan, perakauanan, ekonomi, pengurusan, kewangan , pemasaran dan keusahawanan dan pelancongan
Deletekalau aliran sejarah terhad kepada sains sosial seperti bidang Perundangan , pendidikan, Kesusateraan, Psikologi dan Bahasa.
Yesss kebetulan saya minat dengan ekonomi.. Saya nak masuk form 6 amik ekonomi.. Saya dah baca banyak pasal eko.. Saya percaya ekonomi tu teramat mencabar.. Saya nak cuba juga.. Saya akan ingat kata2 abg. Saya pun tahu eko memang high demand.. Tapi eko juga boleh amik course pengurusan kan??
DeleteBoleh akak share nota YG Akak pernah buat tak.....
ReplyDeleteakakkk sejarah ke bm lagi senang? and betul ke perniagaan sangat susah?
ReplyDeleteSusah / senang tu bergantung kpd usaha kita dan pemahaman kita. but if you ask me... Sejarah seriously more difficult compare to BM. sejarah ada byk kena hafal sejarah Dunia mcm, pembentukan tamadun awal manusia, tamadun Cina, tamadun India, tamadun Melayu , Tamadun Asia..byk kena hafal tahun, nama pengasas, nama atau terms2 yg dugunapakai..then ada sejarah Islam belajar pasal zaman pra-Islam sehingga ke jaman Khalifah Ar-rasyidin ..sistem agama kepercayaan masyarakat arab janhiliah, berkenaan agam Nasarani, Yahudi , agama Hanif, Majusi dan sehingglah kedatangan Islam ...byk menghafal nama2 org dan peristiwa penting,,,belajar pasal tamdun asia dan pembentukan tamadun melayu dan nusantara..dan subjek Pernigaan juga boleh dikategorikan susah kerana byk komponenan2 pengurusan seperti, pemasaran, ekonomi,sumber manusia, kewangan, teknik2 pengurusan, masalh orgnaisasi, cabaran globalisasi, perdagnagan antrabangsa..dan byk cabang komponen yg sgt details dan memerlukan kita berfikir dan mangaplikasi setiap teori2 tersbut dlm pengkhususan tertentu.
Deleteassalamualaikum kak aisyah, saya nak tanya kalau akak prefer matrik sains atau stpm sains ? dan betul ke stpm sains tak ramai perempuan melayu ?
ReplyDeletesaya tlg jwb ya. masa saya 2010 dulu. STPM sistem penggal lg susah dari sistem semester STPM skg. Pada masa saya dulu banyak pelajar tak nak pilih masuk Tingkatan 6 sebab ada mindset susah. (hakikatnya memang susah dik) sbb sistem penggal dan kena push struggle betul-betul. Saya pun pilih matriks sebab dapat offer dr matriks. Matriks pada 2010 ada sistem Program Satu Tahun & Program Dua Tahun iaitu org biasa panggil PST atau PDT. Kalau dapat matriks memang best sebab jimat masa pada zmn tuh sbb matriks setahun je dan mengguna pakai sistem semester (tak sama mcm STPM masa tuh guna sistem penggal). Tak silap saya matriks batch 2012 start guna sistem lain sikit (takde PST & PDT), skg matriks ada sistem baru panggil Program 2 sem & Program 4 sem untuk jurusan Sains. Dari soalan awak ikut masa skg, saya lebih prefer STPM Sains sebab STPM skg sudah guna sistem semester sama seperti Matriks. Saya kalau boleh "back in time" pun rasa nak masuk STPM skg sbb guna sistem semester. so InsyaAllah boleh skor dari guna sistem penggal lagi susah sebenarnya. Jadi dik boleh buat pilihan nak STPM or Matriks. skg sistem sama je guna sistem semester beza hanya dari persekitaran, yuran dan suasana belajar.
Delete**Mungkin akak blog ni leh advise berapa beza yuran STPM & yuran Matriks masa skg.
Saya tanya kawan2 saya dulu masuk STPM batch 2010, mmg tak ramai org Melayu masuk Aliran Sains. Kawan saya SPM 2009 aliran Sains pun tukar masuk aliran Kemanusiaan padahal dapat je tawaran masuk aliran Sains STPM. Biasa saya dengar memang majoriti bangsa bukan Melayu je ramai dalam aliran Sains tingkatan 6 masa STPM 2010 dulu r. sekarang saya rasa ramai dah student Melayu masuk aliran Sains Tingkatan 6 sebab skg STPM guna sistem semester.
wah, terima kasih sangat sangat sangat. sekarang saya lebih yakin nak tolak matriks dan ambik form 6. saya memang nak sangat form 6 tapi ayah saya suruh matriks... setiap hari saya fikir dan sekarang saya dah dapat jawapan, form 6 :). terima kasih sangat sangat kak aisyah dan abang syafiq
DeleteNo problem r. Bagus r ada cita2 dan semangat nak masuk Form 6. Semoga adik sentiasa bersemangat dan gigih belajar masa form 6. InsyaAllah rajin berusaha dan komited boleh skor Form 6.
Deletep/s : mungkin akak blog ni nanti boleh buat blog perbezaan yuran, suasana & cara belajar di Form 6 dan Matriks.
boleh tahu kenapa abang tak cadangkan untuk masuk matriks?dan kenapa pilih stpm sedangkan kedua-duanya menggunakan sistem semester..saya nk tahu sgt..sbb saya juga masih dilema untuk pilih stpm sains atau matriks😔
DeleteYa saya bandingkan STPM masa zaman saya 2010 masih menggunakan sistem penggal dan saya memang tak berani ambil risiko ambil STPM masa tu sebab Matriks guna sistem semester dan saya dapat program Matriks. Jika saya tak dapat matriks masa tuh pun, saya tetap tolak masuk STPM sebab guna sistem penggal. Belajar selama 1 tahun setengah dan peperiksaan akan based dari apa belajar masa 1 tahun setengah masa zaman saya 2010. Better saya ambil Diploma masa itu sebab STPM masa tuh memang tak ramai student Bumi nak masuk lagi2 yang nak buat aliran Sains.
DeleteTapi sekarang STPM dengan Matriks tak ada beza dah sebab STPM dah guna sistem semester dan faktor yang beza dari segi yuran, persekitaran belajar, tempoh masa belajar dan lain2 faktor.
Based soalan awak, saya cadangkan ambil STPM sebab sangat kompetetif dan lebih details lagi. Ya STPM 1 tahun setengah tapi sangat kompetitif dan Matriks satu tahun tapi tak silap saya ada certain topics dia dah short kan untuk diajar. Seingat saya, matriks start 2011 dah ada pakej boleh ambil semua subjek Fizik + Kimia + Biologi + Maths. (Dah tak de dah di matriks masa 2011 menjurus ke Sains Hayat atau Sains Fizikal) tapi dia panggil Modul 1 (Maths,Kimia,Fizik, Bio) , Modul 2 (Maths, Kimia, Fizik, Sains Komputer) & Modul 3 (Maths, Kimia, Biologi, Sains Komputer).
Jadi saya cadangkan ambil STPM pada masa sekarang kerana lebih kompetetif dan sangat terperinci dalam sesuatu topik. STPM sistem semester, yuran saya rasa murah (tak pasti ada dapat elaun), sekarang di panggil Kolej Tingkatan 6, dekat dengan rumah jika awak rasa tak suka berjauh dengan family masa pandemik covid-19 ni dan rasanya KT6 tak lebih 20km dari rumah awak.
Kalau matriks; sistem semester, mungkin jauh dari rumah ikut pilihan kolej matriks, ada elaun setiap sem, yuran pun dah naik rasa, jika suka duduk jauh nak berdikari bagus dan pastikan leh settle down dalam masa setahun ( 2 semester) dan kalau tak mampu nak bawa mungkin boleh jadi panjang ke 2 tahun (4 semester). Tak silap saya, matriks sekarang pun topik dia asingkan2 untuk program 4 semester.. kalau program 1 semester sama sahaja tapi ada certain topics dia dah shortkan.
Jadi, awak boleh buat pilihan terbaik nak berada dimana dan menuntut Progam Pra-Universiti di STPM or Matriks.
P/s : Saya kalau boleh back in time sekarang saya nak je masuk Tingkatan 6 sebab dah guna sistem semester sama seperti matriks. Dah tak ada perbezaan sangat ketara diantara STPM & Matriks. Ya sekarang pun sijil STPM & Matriks pun diiktiraf untuk kerja di sektor awam.
Hai kak saya nak tanya akak rasa saya boleh survive ke aliran sains terutama subjek math t sebab masa spm saya xambik addmath.Saya ada basic f4 but f5 saya xda sebab masa f5 saya drop addmath sebab xboleh carry.But physic,chem dengan bio sya ambik.Ada yang kata math t ni relate dengan addmath hmmm......
ReplyDeletesorry nak komen sikit. hehe. Awak punya kes ni kes terpencil dan agak aneh jugak. Jarang saya dengar orang aliran Sains Tulen drop Add Maths masa level SPM sebab Add Math ni kira asas (fundamental) dalam aliran Sains Tulen SPM. Dulu saya zmn SPM (sekolah harian) ada juga saya dengar member nak drop add maths tp takde r buat betul-betul dan ambil juga paper add maths untuk bagi passed.
DeleteAah Maths T ni mmg sama mcm Add Maths. Siapa ambil Add Maths boleh masuk Program Matrikulasi sebab syarat masuk matriks mesti ada ambil subjek Add Maths. Kalau di Tingkatan 6 skg saya tak pasti boleh masuk ke aliran Sains tingkatan 6 jika tak ambil add Maths masa SPM.
Saya dulu matriks batch 2010 dan pernah tengok Maths T STPM memang hampir sama dengan silibus Maths Matriks tp Maths T lagi advanced mcm Pure Maths.
Matriks dulu Maths ada components Algebra, Geometry, Calculus & Statistics.
Saya rasa tak boleh ambil Maths T kalau tak ambil Add Maths masa SPM.
Sebab Add Maths adalah asas (fundamental) kepada Maths T & Maths S.
Pandangan saya r.
Mungkin siapa2 boleh advise lebih tentang hal mcm ni.
assalamualaikum akak. nak tanya. kalau ambil stpm sains sosial, boleh ke sambung u course apa apa je. macam wengineering ke? lagi satu. sy dapat sains sosial, pakej tu boleh pilih atau dah ditetapkan?
ReplyDeleteWsslm
DeleteSaya tolong jawabkan ye, sains sosial (juga dikenali sbg aliran sastera) awak boleh pilih pakej subjek yang awak nak. Utk sambung degree, pilihan sastera ni lebih terhad daripada pelajar sains. Tapi tak mustahil sebab syarat kemasukan khas universiti awam dan course² ni berbeza. Ada je university course engineering yang terima pljr sastera cuma syarat dia bergantung kepada subjek stpm apa yg awak ambik. Kebiasaannya course² aliran sains spt engineering ni dia nak at least C utk subjek Ekonomi/Akaun atau lain2 subjek yang saya boleh kata as killer subject bagi aliran sastera. Tapi bukan semua university mcm ni tauu sebab mcm saya ckp tadi, semua uni berbeza dan KEBANYAKAN universiti hanya terima pelajar aliran sains utk course seperti engineering.
DeleteSaya jawab ya. Daripada soalan awak, Ya, kalau ambil STPM Sains Sosial boleh ambil apa-apa sahaja kursus di IPTA yang berkaitan dengan Sains Sosial sebaiknya. Macam awak andaikan boleh ambil kursus engineering, pendapat saya rasa kurang sesuai kalau dari sains sosial nak ambil kursus-kursus Sains/Engineering di IPTA sebab kebanyakkan kursus engineering memang kebiasaan pelajar akan ambil jurusan Sains fizikal STPM (Fizik, Kimia, Maths T) dan mempunyai asas dalam 3 subjek ni. Kalau awak ambil jurusan Sains STPM boleh je ambil apa-apa kursus di IPTA sama ada kursus sains tulen, sains gunaan, engineering atau sastera tulen, sastera gunaan.
DeleteSaya rasa pakej awak dapat dah ditetapkan based dari aliran semasa di SPM tapi kalau nak tukar kos pun boleh je asalkan awak minat dan boleh bawa dekat subjek tuh sebab STPM adalah Pra-Universiti. Subjek-subjek Pra-U adalah asas (fundamental) untuk awak boleh mohon kursus yang awak minat di IPTA kelak dan bermanfaat dari kursus yang akan diambil.
Contoh ambil Fizik,Kimia, Maths T dan mohon serta dapat kursus Kejuruteraan Kimia memang sangat berguna dan bermanfaat sebab dah ada asas 3 subjek tadi di STPM.
Assalamualaikum nak tanya.. Klau masuk f6,subj perniagaan atau ekonomi lg senang? Maksudnya yg mna lg mudah untuk kita faham.
ReplyDeleteassalamualaikum kak asiyah, saya nak minta pendapat sedikit. saya berminat lepas stpm nak sambung degree sains pentadbiran. boleh suggest subject elektif apa yg patut saya ambil ya?
ReplyDeletePengajian Perniagaan, Ekonomi & Maths M
Deletehi nk tnye pendapat mne lagi senang sejarah/geografi/sains sukan??
ReplyDeleteMinimum utk subjek STPM ialah 4 subjek tp jika awak nak ambil subjek ke 5 boleh je dan yang penting awk leh bawa r. STPM ialah program Pra-Universiti dan persediaan sebelum buat ijazah pertama di IPTA/IPTS, jadi lebih elok awak menjurus nak ambil bidang apa masa di universiti nanti. Jadi, ambil subjek yang menjurus dan berkaitan sudah memadai.
ReplyDeleteAssalamualaikum semuaa saya mtk maaf xbaca komen awk smua saya dh jwp smua soalan di ig saya Boleh follow ya
ReplyDelete@aisyahh_nabila
Terima Kasih sbb mnjwp semua persoalan yaa
ReplyDeleteSalam sejahtera,saya skrng mengambil aliran geo dan seni xpi saya ada tedengar bahawa dua subjek ini kurang mendapat sanbutan atau alirannya nnti di U.Boleh tolong perjelaskan kakak & abang yang baik..
ReplyDeleteNak kata kurang dapat sambutan saya tak pasti r betul ke tak tapi kalau pilih kos Geo or Seni di IPTA, InsyaAllah boleh dapat. Biasa kalau aliran awak ambil ni lebih kepada kursus Sastera Tulen mcm Geo, Sejarah, Bahasa & Seni Halus. Kalau minat Seni, boleh apply UiTM sbb UiTM offer byk kursus Seni mcm Seni Halus, Fesyen, Industrial design & etc. Kalau Geografi mungkin kurang famous r di IPTA dan saya rasa 2 IPTA je yang offer Geo di peringkat ijazah pertama iaitu di UM & USM.
DeleteApa2 pun Aliran bg saya ada pro and cons nyaa x semestinya awk di STPm anbil aliran seni dan awk akan dpt seni jgk di degree itu Ikut minat awk nnt masa dh degree ada je dri aliran seni dpt aliran Komunikasi di degree awk bleh slow2 tgk syarat kemasukan degree bidang yg awk minat mulai dri skrg
ReplyDeleteAssalamualaikum,nk tanya,klau ambil aliran sains social, boleh smbg course psikologi ke time degree nnty?
ReplyDeleteWasalam, ya boleh . Saya rasa untuk program Psikologi mmg open market course dan dari background sains sosial dan sains tulen boleh mohon untuk masuk.
ReplyDeleteHai..dr stpm nk ke degree biasa berapa tahun ya tempoh pengajian..stpm sains sukan.adakah 4 tahun degree?
ReplyDeleteHi , aslm ... saya nak tanya .. masa SPM saya amik aliran perniagaan and kalau saya ambil aliran sains boleh ke untuk STPM ? sebab mula ii masa f4 saya drop sebab takut tak boleh bawak , but masa pertengahan f5 saya macam menyesal sebab saya minat kearah perubatan tapi time tu dah tak boleh tukr balik ... jadi boleh ke saya ambil , ikut pandangan akak ...
ReplyDeleteMinta izin saya bg opinion. Saya rasa agak sukar kalau awk nak tukar(moving) dr aliran perniagaan SPM ke aliran Sains STPM nnt.Saya fikir struggle juga awak masa STPM nnt nk belajar balik subjek Sains mcm Kimia & Biologi. Biasa org yg mmg dari aliran Sains SPM akan masuk aliran Sains STPM atau ke aliran lain selain Sains. Biasa dulu saya dengar dari aliran Sains nk ke Sastera boleh tukar tapi dari Sastera nak masuk Sains mmg tak boleh. tak tahu r kenapa. Tapi masa sekarang ni tak pasti r kalau dah boleh pilih mana2 bidang atas perubahan masa & keadaan. Kalau dapat tukar ke aliran Sains nnt kena struggle lebih r untuk subjek Sains. InsyaAllah boleh kalau awak ada asas Sains & matematik yang kuat.
DeleteAssalam nak tanya, pakej2 tu akan ditawarkan ikut aliran semasa spm atau kita boleh pilih sendiri?
ReplyDeleteAssalamualaikum akak,klau spm dpt aliran sastera..adakah klau msuk form6 dpt msuk ke aliran sn like biologi?
ReplyDeleteweh, terfikir juga. sebab kita pun nak plan camni kalau boleh
DeleteAisyah..pleaseee saya dah buntu sangat nii. I want to be a doctor but my school doesn't have science stream. What i should do to be a doctor...sebab saya nak sangat-sangat-sangat jadi doctor pakar bedah dan juga saya nampak awak banyak tahu sangat berkaitan halatuju selepas SPM semua ni melalui penulisan awak dan juga cara awak menjawab soalan-soalan para bloggers... boleh tak saya ambil STPM aliran sains pakej 2 yang ada biology walaupun tidak memiliki background sains tulen di peringkat sekolah menengah. Please saya mohon jawapan yang jelas daripada anda, thanks for you advice Aisyah🙏🙏
ReplyDelete